top of page

Dana $1 juta dilancar untuk bantu golongan muda yang hadapi masalah kesihatan mental


Dana yang diberi nama Musim Mas BlueStar* itu dilancarkan oleh pertubuhan dermawan setempat The Majurity Trust (TMT) dan syarikat minyak kelapa sawit berpangkalan di Singapura Musim Mas Holdings di Sidang Puncak Pemimpin Belia Global ke-12.


Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, turut hadir di pelancaran itu bersama-sama 1,000 pemimpin belia yang menghadiri sidang puncak maya itu. Inisiatif tersebut akan melihat TMT memberi geran kepada NPO yang menyampaikan perkhidmatan dan program kesihatan mental inovatif kepada belia dan kanak-kanak yang bersekolah. Dana itu disediakan menerusi sumbangan wang tunai $1 juta oleh Musim Mas Holdings sebagai sebahagian daripada dana penjagaan berbilang juta dolarnya, Project Onward.


HappYouth oleh Akademi Perwatakan & Kepimpinan, yang membantu orang muda memahami dan menangani tekanan dan kemurungan, adalah penerima pertama Dana Musim Mas BlueStar*.

To read the full article, click here.


bottom of page